Wednesday, February 25, 2009

Berita Menyedihkan... (Selasa, 24/2/09)

Assalamualaikum saya ucapkan.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas kelewatan penyampaian berita ini. Pada 23/2/09 iaitu hari Isnin yang lepas, salah seorang pelajar SMK Jalan Empat, Norashikin dari tingkatan 5 Karisma, telah pergi ke Rahmatullah. Allahyarhammah meninggal dunia pada pukul 11.00 malam di kediamannya. Dia meninggal dunia akibat sakit leukimia.

Bukan seorang saja murid SMK Jalan Empat yang telah meninggal dunia. Pada tahun lepas, seorang pelajar tingkatan satu, Noor Adibah, juga telah pergi ke Rahmatullah akibat sakit leukimia. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada kedua-dua Allahyarhammah. Semoga kedua-duanya dicucuri rahmat di sisi Allah.

Al-Fatihah...

1 comment:

  1. Al-Fatihah..

    Sian ye, baru 17 tahun..

    Kita yang masih hidup nie kene la beringat2 sket..

    Ajal maut tu di tangan tuhan..

    ReplyDelete